Thursday, October 20, 2011

Irfan merendah diri

Irfan merendah diri

“TIADA istilah bekalan selesa! Itu reaksi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim menjelang separuh akhir kedua menentang Selangor di laman sendiri, Sabtu ini.

Menurut pengendali berusia 60 tahun itu, kejayaan membenam Gergasi Merah, 2-0 di Shah Alam kelmarin :harus dilupakan buat seketika memandangkan perlawanan masih berbaki 90 minit.

Katanya, Terengganu tidak boleh leka dan lewa kerana menganggap sebelah :kaki sudah ke final.

“Sudah tentu saya gembira persembahan ditunjukkan pemain. Kesemuanya bermain dengan baik dan kejayaan yang diperoleh adalah bukti keberkesanan latihan selama ini.:

“Namun begitu, saya mahu pemain berhenti meraikan dan bercakap me-ngenai kemenangan itu.

“Perlawanan masih belum tamat, apapun boleh terjadi dalam tempoh 90 minit,” katanya.


Pada masa sama, Irfan turut berbangga corak permainan cemerlang dipamerkan Manaf Mamat, yang disifatkan sebagai pemain yang amat profesional dan perlu dicontohi pemain lain.

“Kita sedia maklum, Manaf baru kehilangan bapa tersayang, Mamat Mahmud, 73, akibat penyakit angin ahmar, minggu lalu, sebelum pertemuan dengan Kelantan. Namun dia masih mampu memberikan komitmen yang tinggi dalam pasukan dengan jaringan dua gol ditempat lawan.

“Semangat seperti ini yang kita perlukan dalam setiap pemain dan saya yakin boleh meletakkan kepercayaan kepadanya dalam perlawanan akan datang,” katanya yang membawa Terengganu menjuarai Piala FA, Jun lalu.

Kali terakhir skuad Penyu menjulang Piala Malaysia pada 2001 ketika menewaskan Perak 2-1.

No comments:

Post a Comment