Saturday, October 22, 2011

Banjir Hampiri Bangkok

Banjir mula mengalir ke pinggir Bangkok

Kawasan perniagaan utama belum terjejas


BANGKOK: Air mula memasuki daerah di pinggir Bangkok semalam, selang sehari kerajaan membuka pintu penghalang banjir.
Rumah di daerah utara Lak Si, yang terletak di sepanjang terusan utama Bangkok, Terusan Prapa, dilaporkan telah dinaiki air. Di beberapa kawasan, air telah mencecah paras lutut. Namun, kerosakan yang dilaporkan adalah kecil dan kawasan perniagaan utama Bangkok masih belum terjejas. Kelmarin, kerajaan Thailand memutuskan melencongkan limpahan air banjir dan mengalirkannya ke Teluk Siam menerusi bahagian timur Bangkok. Perdana Menteri, Cik Yingluck Shinawatra, berkata semua pengadang banjir akan melepaskan air banjir itu secara berperingkat bagi mengawal laluannya agar terus ke bahagian timur Bangkok. Menurut beliau, paras air yang mengalir melalui Terusan Prapa telah meningkat dengan banyak semalaman. 'Saya ingin meminta penduduk di semua daerah di Bangkok agar bersiap sedia memindahkan harta benda mereka ke tempat tinggi, sebagai langkah berjaga-jaga,' kata Cik Yingluck semalam.
Beliau bagaimanapun menasihati para penduduk agar jangan panik. Sekitar 1.2 bilion meter padu limpahan air banjir dijangka melalui tujuh daerah di bahagian timur Bangkok iaitu Lat Krabang, Nong Chok, Minburi, Klong Sanwa, Kannayao, Sai Mai dan Bangkhen. Kesemua daerah kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Bagaimanapun, Menteri Kehakiman, Encik Pracha Promnok yang juga Pengarah Pusat Kawalan Bantuan Banjir, memberi jaminan bahawa 90 peratus kawasan di Bangkok selamat dan tidak akan dilanda banjir. Beliau menolak anggapan tindakan melepaskan sejumlah besar limpahan air sebanyak 1.2 bilion meter padu seolah-olah seperti melepaskan 'tsunami' kerana kerajaan akan melakukannya secara sistematik. 'Kami akan terus memantau keadaan,' katanya. Walaupun keadaan kelihatan normal di Bangkok semalam, para penduduk ibu kota tetap bersiap sedia menghadapi senario terburuk. 'Air akan tiba. Ia tidak boleh dielakkan. Kerajaan berdepan dengan jumlah air yang besar. Mereka tidak lagi boleh mengawal keadaan. Memang ada pengadang tetapi air boleh memasuki bandar ini dari pelbagai arah, malah melalui longkang-longkang,' kata seorang penduduk Bangkok, Encik Oraphin Jungkasemsuk, 40 tahun. Sekitar satu pertiga daripada Thailand kekal digenangi air dengan 2.4 juta penduduk lebih 10,000 kampung di 27 daerah di kawasan utara dan tengah terjejas akibat banjir yang melanda negara itu secara berperingkat mulai 25 Julai lalu. Semalam, kerajaan berkata banjir itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 342 kematian. -- Agensi.

cyBerita Spore

1 comment:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete