SENAI - Seorang ahli perniagaan berumur 32 tahun yang bakal
melangsungkan perkahwinan pada November ini dijumpai mati berlumuran
darah dalam bilik air di kediamannya di Taman Pelangi Indah, semalam.
Mangsa ditemui dengan kesan kelar di tangan dan leher sekitar jam 8.30 pagi semalam oleh ibunya.
Bakal bapa mentuanya yang hanya mahu dikenali sebagai Choo berkata,
mangsa sepatutnya bertemu dengannya pada jam 9 pagi semalam untuk
membincangkan urusan perkahwinan mangsa bersama anak perempuannya.
Sementara itu, Asisten Komisioner, Johor Bahru Selatan,
Zainuddin Yaakob berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut
dan tiada sebarang unsur jenayah.
No comments:
Post a Comment