MELAKA: Seorang kakitangan sebuah bank di negeri ini mendakwa diperdaya
seorang lelaki warga asing yang memaksanya melakukan hubungan seks
sebagai balasan bagi membebaskan suami yang kononnya diculik.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa pada 8 Oktober lalu, wanita
berusia 27 tahun itu mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral
oleh lelaki berkenaan selepas mengikuti suspek, 29 tahun, yang kononnya mahu
membantunya mencari suaminya.
Menurut sumber, sehari sebelum kejadian (7 Oktober), mangsa mendakwa dia
dan suaminya, lewat 20-an, membawa lelaki warga asing itu yang juga
rakan suaminya, makan di sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum
suaminya menghantar lelaki itu pulang, manakala dia menaiki sebuah lagi
kereta.
“Beberapa jam kemudian, mangsa mendakwa lelaki berkenaan menelefonnya
bertanya mengenai suaminya menyebabkan dia terkejut kerana sepatutnya
dia bersama kenalannya itu.
“Lelaki warga asing itu yang juga ahli perniagaan kemudiannya menyatakan
suaminya mungkin diculik dan menawarkan diri untuk membawa wanita itu
ke balai polis untuk membuat laporan.
“Mangsa cuba menghubungi suaminya beberapa kali, namun gagal dan
berikutan bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia akhirnya bersetuju
mengikuti lelaki berkenaan,” kata sumber.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan, wanita itu mendakwa lelaki
berkenaan mengherdiknya selain mengaku dia yang menculik suami mangsa
dan disembunyikan di rumahnya di Bukit Beruang.
Katanya, wanita itu mendakwa beliau kemudian dibawa ke rumah suspek sebelum
dipaksa melakukan seks oral dan dirogol dengan ganas hingga mangsa
mengalami kecederaan di kedua-dua belah pahanya sebagai balasan
membebaskan suaminya.
“Mangsa mendakwa lelaki memberitahu dia ghairah melihat bentuk tubuhnya hingga mahu melakukan hubungan seks.
“Berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, polis kemudian menahan
lelaki warga asing berkenaan di rumahnya di Bukit Beruang Utama beberapa
hari selepas itu.
Sumber berkata, kejadian culik itu dipercayai tidak berlaku dan suami
mangsa pulang ke rumah keesokan harinya dan ketika kejadian, dia berada
di tempat lain.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, warga asing itu turut membuat laporan berasingan kelmarin
mendakwa wanita itu dan suaminya mereka-reka cerita kerana gagal memeras
wang daripadanya.
myMetro
18 Okt 2011
Nota : Jadi pening kita dibuatnya.
No comments:
Post a Comment