OPERASI DI SELURUH NEGARA
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara khusus untuk mengurangkan kadar kemalangan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, JPJ setiap negeri telah diarah menjalankan sekatan jalan raya termasuk di kawasan pedalaman mulai semalam untuk memastikan pemilik motosikal mematuhi peraturan jalan raya.
“Motosikal yang dikesan tidak mengikut spesifikasi
dan melanggar peraturan jalan raya akan dikenakan tindakan kompaun,” katanya.





Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan program Satu Komuniti Satu JPJ daerah Maran di Sekolah Kebangsaan Kuala Sentul di sini semalam.
Turut hadir Pengarah JPJ Pahang, Datuk Zakaria Man dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin.
Seramai 488 penduduk kawasan itu termasuk Orang Asli menerima lesen memandu B2 pada program tiga hari yang diadakan di sekolah tersebut.
[Berita 17 Oktober 2011]

Kataku: Aku setuju sangat, terutama yang cuba mencabar undang-undang, tak pakai topi keledar dan motosikal tak mengikut spesifikasi. Tapi tang lesen tu, kesian kat budak2 sekolah yang betul2 perlu guna motosikal.  Aku rasa jalanraya di Msia ni pun banyak lagi yang tidak mengikut spesifikasi. Tak mesra penunggang motosikal, Sempit , kalau dua kereta nak selisih pun tak boleh jika ada motosikal. Kemungkinan untuk motosikal digesel amat tinggi. Pengguna terpaksa lalu juga, habis tu kalau kemalangan nak saman sape? Cuba perhatikan jalan dari Temerloh ke Gemas, menghubungkan dua negeri, tapi jalan amat sempit dan merbahaya.